Program Membina Aplikasi dari Telefon Pintar

13 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Januari 2020 hari Ahad, seramai 10 orang peserta telah menghadiri program membina aplikasi dari telefon pintar telah dianjurkan oleh pengajar jemputan luar yang diketuai oleh Ketua Kampung Padang iaitu, Encik Fauzie Bin Ali yang bertempat di bilik latihan PI Niah.

Tujuan kelas ini diadakan merupakan unuk mendedahkan peserta kepada cara membina sesebuah aplikasi dengan hanya menggunakan telefon pintar dengan sedikit pengisian advokasi diakhir program.

Peserta yang datang diajar bagaimana untuk memanfaatkan aplikasi yang dibina dengan menjadikan ia sebagai cara untuk menjana income passive dari aplikasi yang dibuat. Ia juga inisiatif bagi golongan belia untuk menambah pendapatan jikalau ingin dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali